Monday, April 27, 2009

Dosa-dosa orang yang meninggalkan solat

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam


Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)


Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.


Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.


Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

Sunday, April 26, 2009

Kisah Pemuda

Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60," Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir. "Berkata Ibrahim : " Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian". Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah. Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77), "Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku".

Rukun Islam

Kenapa Mencari

Hari ni penulis ingin berkongsi ape yang kita cari di dunia ini, mengikut pengalaman diri penulis sendiri, penulis merupakan seorang manusia yang lalai dan leka dengan kehidupan sekarang, dalam kelalaian penulis, terdetik sesuatu dalam hati penulis untuk mencari sesuatu yang tidak mungkin dapat dikecapi, sesuatu yang indah, sesuatu yang suci. Mengapa penulis mencari sehingga buntu, apa yang penulis cari untuk dirinya masih belum diketahui penulis. Setelah sekian lama hidup sebagai orang yang matang dari segi dunia penulis lupa utuk memantapkan ilmu akhirat. Penulis yang tidak sedar terus leka dengan bisikan syaitan, lupa segala-gala urusan akhirat dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Sehinggalah suatu ketika dalam kesusahan, penulis cuba mencari sesuatu itu, namun tidak juga dijumpai. Sehinggalah penulis dalam keadaan yang amat tertekan sehingga hilang segala-galanya dalam hidup penulis. Sebenarnya yang dicari penulis ada dalam dirinya sendiri. Baru penulis sedar penulis belum kenal siapa diri penulis sendiri. Dalam kekalutan jiwa penulis akhirnya kembali kepada jalan yang lerus dan mendapat jawapan apa yang dicari penulis, barulah penulis dapat mengenal siapa dirinya sebenar.
Nama : Noor Zaidi Bin Mohd Safar
Agama : Islam
T.Lahir :1987
Yer, penulis adalah seorang Islam....

Sunday, April 12, 2009

Di Kesunyian

Sendirianku di kesunyian
menatap potret alam
ku rebahkan tubuhku kebumi
memandang kumpulan awan

fikiran kosongku seperti mahukan sesuatu
namun aku tidak bisa memikulnya
hidupku bagai awan tanpa arah
berarak mengikut tiupan angin

cahaya suci seperti tak kunjung tiba
tiada tangan menghulur kemanusiaan
terdampar keseorangan di dataran gersang
terdiam sepi keseorangan

UKM
p/s puisi ni terhasil semasa penulis masih
belum jumpa jalan yang dicari
kisah cerita cinta dan cita-cita

berbulan bersama
satu kisah suka dan duka
dikala tertawa bersama
ada kesedihan disitu

dalam masa inilah
wajah-wajah coret di hati
akan datang mesti dilupa
saat terpaku terkenang kembali

berjuang dalam gelora ribut
taufan bergema di atas dua perbalahan
yang ditengah habis nipis digilis
deretan peristiwa tidak dilupa

bersama-sama
memengang segulung masa depan
dalam fikiran masih buntu
mengejar impian

dimasa inilah
duduk ketawa
riang gembira
berubah rupa
berubah gaya
berubah senyuman

Kolej Ibrahim Yaakub
april 2009

Tuesday, April 7, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Antara berdasarkan hadis tanda tanda kiamat kecil
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah berrsabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
2. Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bilahal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang b*d*h dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Sudah Ramai Yang Memeluk Islam

Alhamdulillah, semakin ramai yang memilih Islam sebagai agama mereka di negara-negara eropah, apa yang ingin dikongsi oleh penulis adalah bagaimana penulis mendapat pertunjuk supaya kembali kejalan Islam yang benar, penulis yang lahir sebagai Islam didik secara Islam, membesar secara Islam tetapi telah memilih jalan yang salah sewaktu remajanya, terlibat dengan gejala sosial dan pelbagai jenayah yang disembunyikan dari pengetahuan Ibubapa penulis. Semasa berada ditahun dua pengajian di IPTA penulis mendapat bala yang besar. Dalam jangka masa setahun itu penulis sering berfikir kenapa diri penulis sering dilanda pelbagai masalah. Dalam pencarian pedoman hidup penulis telah terdetik untuk menonton video Saykh Khalid Yasin di youtube . Semasa menonton video tersebut barulah penulis sedar bahawa dirinya sudah jauh terpesong dengan ajaran agama. Bermula dari situ penulis bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali kejalan yang benar. Apa yang menarik hati penulis ialah semakin ramai manusia memeluk Islam, sedangkan penulis yang lahir seorang Islam tidak dapat menunaikan tanggungjawab seorang Islam, lantaran itu penulis cuba memperbaiki kehidupan penulis. Penulis berasa bersyukur kerana penulis difitnah oleh sahabat penulis sehingga terpalit wajah seorang penghianat dimuka penulis. Penulis tidak menyalahkan mereka yang memfitnah penulis kerana mereka itulah yang sebebarnya membuka hati penulis untuk kembali kejalan yang benar. Berbalik kepada ramainya yang memeluk Islam penulis berasa sedih melihat sebahagian raknyat negara penulis yang telah jauh tersesat dalam agama Islam. Sedangkan ramai yang berlumba-lumba memeluk agama Islam di Eropah, Amerika, dan Australia. Disini penulis mengajak supaya orang yang seperti penulis supaya kembali ke jalan ALLAH.

Perbuatan Pura-Pura beriman

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

(Surah an Nisa':142)

Bersama Berdakwah

Penulis pada mulanya seorang yang minat tentang isu-isu politik kemudian berubah hati untuk lebih kepada dakwah kepada agama Islam, dari pengalaman penulis yang pernah terlibat dengan pilihan raya kampus sewaktu tahun satu telah memberi petunjuk bahawa ia sekadar pembelajaran sahaja kepada mahasiswa supaya mempunyai pengalaman sewaktu tamat pengajian. Kini penulis yang telah berubah hati, kembali kepada jalan sebenar kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Jalan yang benar bagi orang-orang bertakwa.

""Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa,apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan,mereka ingat(kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."
(Surah Al-A'raf:201)

Penulis telah berubah hati dan mahu kembali kejalan kebenaran. Dengan harapan ada yang akan membimbing penulis supaya dapat lebih mendalami ilmu Agama. Kini penulis berasa bersyukur berada di alam syber yang maju, dimana internet mampu dijadikan wadah berdakwah, sasaran penulis adalah golongan remaja seuisanya yang pernah rosak dari segi akhlak dan akidah supaya dapat kembali kepada landasan ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, April 5, 2009

Kerana Hati

Berbulan aku melangkah, meneruskan liku-liku hidup aku, kini segala kepayahan yang aku hadapi kembali pulih, setelah ramai memberi nasihat dan kata-kata semangat aku kembali bernafas dengan lega, kerana hati aku terpaut dengan keindahan Islam. Mengapa kita harus mencari apa yang kita cari selamanya, sedangkan ia ada dalam hati kita. Bermula dari penjelajahan youtube, aku kini bangga menjadi seorang Muslim, betapa besarnya ciptaan Allah s.w.t, aku merasakan diri aku kecil di muka bumi ini. Dahulu aku tidak dapat memahami apa itu Islam, sehinggalah aku melalui satu kehidupan yang sukar, dan sering ditimpa bala, setelah sedar, baru aku tahu aku telah lama tidak sujud kepadaNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, aku berdoa agar agama Islam ini terpelihara.

22 people accept Islam After Brother Khalid Yasin lecture

Fikir-fikirlah Orang Melayu