Friday, May 29, 2009
Messi and Eto'o left overwhelmed by victory
FC Barcelona The Champions
Josep Guardiola dilambung ke langit oleh pemain barcelona
Atas merupakan kemengan Barcelona semasa Guardiola jadi center midfielder, josep guardiola ni pernah memenangi liga juara-juara sebagai seorang pemain dan manager untuk kelab yang sama iaitu kelab barcelona. ada 3 orang je macam ni dalam sejarah.
Thursday, May 28, 2009
Barça complete historic treble in Rome (2-0)
Champions for the third time
Hari Paling Gembira dalam Hidup Aku
- Terus kepada tajuk, sebenarnya pada 28.05.1987 seorang anak perempuan telah dilahirkan . Dia ni mula aku kenal pada 2005, kenal muka jela, nama pun tak tau, entah macam mana tanpa dirancang, pada 25.12.2005 (tingkatan enam bawah), aku mula rapat dengan dia ni. Kawan aku pun semua mula terkejut. Dia yang banyak bagi aku kesedaran dalam hakikat kehidupan aku, pelbagai ilmu dunia mula aku ambil dari dia, kira dia motivater aku la masa tu. Semua pekara salah aku buat dia tegur. Mula-mula aku ego, malas nak dengar, tapi rupanya dia ibarat cahaya yang suluh jalan aku. Kesemuanya berjalan lancar semasa aku bersama dia, tamat sekolah maka kedua-duanya pun masuk IPTA, aku UKM dia UITM, ala.. sekali tak dapat tempat yang sama la, masing-masing dengan minat yang tersendiri tapi matlamat sama. Duduk je jauh 40 kilometer tapi aku siap hafal lagi kat mana ada lubang sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah sampai sekarang aku dengan dia lagi, dah nak grade pun taun depan kami. Nak jadikan isu hakikat kehidupan aku kali ni, aku sambut hari jadi dia untuk kali keempat sejak perkenalan kami, dari yang pertama sampai tadi, tepat je jam 12 aku akan call dia untul wish happy b'day.. dah besar la dia. Untuk hadiah dia tahun ni, ade special prezent dari aku, iaitu apa yang dia inginkan dari aku selama ini, cuma aku tak bagi tau dia apa hadiah tu, aku harap dia akan perasan sendiri, untuk dia aku bagi petunjuk " cuba la b.........." ayat ni selalu kua dalam kotak sms aku dan juga mulut dia, tapi kali ni aku nekad bagi hadiah tu dekat dia.
- Kedua ni tak banyak aku nak serita, cuma aku nak bagi tahu yang barcelona menang 2-0 denngan Manchester United ( chanpions league). Dia tahu la kenapa aku cerita pasal Barca lawan MU ni..
- Kedua-dua cerita tersebut sangat bermakna dalam sebuah hakikat kehidupan anak jawa ni..
Monday, May 25, 2009
Tempat Bertelagah Dalam Kehidupan
Sunday, May 24, 2009
Kategori : AKIDAH Akhlak
Hadith :
- Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari
Huraian
- Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
- Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
- Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
- Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
- Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Dalam Hakikat Kehidupan Kini
Saturday, May 23, 2009
Satu Muharram Detik Permulaan
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Pengorbanan
Oleh Itu Mari Semua
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Pengorbanan
Oleh Itu Mari Semua
Untuk Sepanjang Zaman....
Sebuah Hakikat Kehidupan
Aku bersyukur kerana masih ada tempat untuk berteduh dekat ukm ni, memandangkan aku dah kena buang dari kiy. Aku sekarang dah duduk dekat kolej Za'ba, ramai yang kata za'ba ni mahal la, tinggi, jauh dari fakulti, parking motor tak ada, tapi aku rase seronok duduk sini. Kenapa, sebab dari tahun satu aku nak duduk sini, ye la masa 1st year bodoh lagi, mana tahu nak tukar kolej. Bila masuk 3rd year kena buang dari kiy, hahaha.. tak aktif kolej memang kena buang, member aku langsung tak atif boleh pulak stay, lantak la.. huhuhuhu.. mungkin ada sebab kot, ceh.. aku buat2 tak tahu pulak kena buang sebab apa.. berbalik pada cerita aku duk za'ba ni, aku dapat la bilik paling atas sekali, so member2 yang nak datang bilik aku kena lah mendaki anak tangga sampai ke aras empat, ala bukan tinggi pon rendah sikit je dari bukit KIY.. semasa semester 3 ni, aku duk la dengan roomate aku budak kejut.. life aku kat sini agak senang la memandangkan malam ada orang jual burger, tak yah g mapley..
Sunday, May 10, 2009
Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan
Tajuk : Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan
Hadith :
Daripada Ibn Masud r.a katanya, “ Aku bersembahyang tahajud bersama Nabi s.a.w, baginda telah memanjangkan berdirinya sehingga aku hampir melakukan perkara yang tidak baik”. Ibn Mas`ud ditanya, “ apakah gerangan yang hendak engkau lakukan?” jawabnya, “aku hendak duduk mufarraqah daripadanya”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Setiap muslim adalah digalakkan sembahyang berjemaah, begitu juga di antara beberapa sembahyang sunat adalah digalakkan supaya dilakukan secara berjamaah seperti tahajud, gerhana matahari, terawikh dan lain-lain lagi.
2. untuk memperolehi rahmat yang besar dan keredaan yang lebih dari Allah perlulah seseorang itu menguatkan azamnya di dalam mengerjakan amal ibadat.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia