Thursday, November 19, 2009

Berdiri Kemudian Lihat Langit

Berdiri pandang langit
apa yang kau nampak?
apa yang kau nampak?
apa yang kau nampak?

tinggikan langit tu
terasa rendah?
sangat rendah
terasa hina
aku terhina sekali lagi..

Cerita Karut Sang Deruan Angin

Aku kelamkabut balik ukm sebab nak anta sesuatu... lepak bilik jali 2 3 hari pastu balik dan boleh bercuti dengan lena disamping pc ku yang jahanam...

Thursday, November 12, 2009

bila hati aku berkata

Hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan hati aku, aku sering berbisik dalam hati bertanyakan sesuatu.

Wednesday, November 11, 2009

sisa-sisa terakhir semester 1 tahun akhir

Semester ni adalah semester yang memenatkan, ade sahaja aktiviti yang berlaku dari yang wajib mejor ke yang tak wajib, aku dah masuk tahun akhir pengajian di Ukm, semester ni saat indah bagi aku kerana tidak terlalu tertekan oleh karenah birokrasi, aku meloloskan diri dari ancaman merbahaya yang boleh membuatkan aku gagal dalam pengajian, sedikit demi sedikit racun yang meratah tubuh aku hilang, racun yang hampir meragut nyawa aku hilang dengan perlahan menyebabkan aku kembali sihat. Memang pedih mengalami sakit yang tidak boleh diubat dengan ubat, hanya kekuatan rohani mampu mengubatinya. Semangat yang kuat telah membawa aku kejalan yang pernah aku rasai dahulu. Dulu memang indah, bertemankan hembusan gemirsik dari liang angin di batu sekeliling. Namun segalanya berubah apabila racun pedih meresap dalam jiwa aku, perlahan-lahan aku mengubati sendiri diri aku, aku asingkan diri dari alam maya seketika dan kini kembali dengan nafas yang baru yang telah ku cuba selama beberapa tahun kebelakangan ini. Mahupun aku yang tidak lagi berdendam malah didendam. Terasa pedih namun seketika. seketika di jalan yang sibuk dan kemudian mengatur angin bertiup ke jalan yang aman dan tenteram. Kini aku mengubah haluan lagi, kali ini aku mengambil keputusan untuk belayar di laut dalam yang bersemadi terumbu karang gergasi dan terlalu banyak sehingga aku sendiri takut untuk mengharunginya, berkat doa dan keazaman yang tinggi membuatkan aku lebih berani untuk belayar dilautan itu. mengejar warna yang menjadi impianku, iaitu warna kehidupan yang indah yang tidak mampu diperolehi dengan sedikit usaha.

Sunday, November 1, 2009

Erti Penat

Minggu Examination... true story tau...

22 people accept Islam After Brother Khalid Yasin lecture

Fikir-fikirlah Orang Melayu