Wednesday, October 21, 2009

naik lagi

kerana angkuh dan bongkaknya
mereka ambil duit aku
nak buat macam mana dah terpaksa

menangis sekolam renang pon tidak akan turun
terpaksa aku ikut kawan kerja separuh masa
nak buat macam mana lumrah kehidupan
lain la.... tak payah bayar.. click je selesai masalah..


Tuesday, October 13, 2009

Teringat

Bila aku lihat gambar anak sedara aku masuk sukan kat sekolah tadika dia, aku teringat saat masih baru mengenal ABC, dan terdetik dalam hati untuk tanya kemana rakan masa kita berumur enam tahun, mesti ada yang dah kerja, berumah tangga, tak habis belajar lagi macam aku.. Waktu tu aku bersekolah tadika taski Al-Huda (kot..).. zaman tu tadika aku dekat masjid Sri Medan, Antara yang aku ingat, aku, ejal, afiq, dengan tapa, yang perempuan sape ek... lupa la.. hehehe... Alhamdulilah la yang aku sebut tu semua dah jadi dewasa dan bekerjaya, aku nak habiskan degree seni aku kat ukm, ejal kerja dah.. afiq hair designer, tapa duk macam aku kt upm... masing-masing berjaya.. terima kasih la kt cikgu yang ajar kita orang kenal ape tu huruf.. Aku teringat time makan, bace doa lepas tu makan dalam dulang.. seronok.. sedap nenek tu masak.. sampai sekarang nenek yang masak tu ada lagi... zaman kita tadika kan,,, hahaha...

Kembali

Aku rasa dah terlalu lama sangat aku tak tulis blog ni, mungkin atas beberapa sebab aku terlupa untuk singgah (bukak blog sendiri pon tak lepas) dah la blog aku tiada orang nak bace, lepas tu aku tinggalkan macam tu sahaja. Sebenarnya bukan malas, tetapi masa untuk aku dengan internet ni aku kurangkan, aku rasa kalau student ni ni, bila ada internet bangun tidur je mesti sign in YM, lepas tu bukak facebook ketawa sorang-sorang. Kemudian bukak surat khabar online. Baru nak mandi dan pergi kelas. Ni dari apa yang aku buat la, kalau student lain ada buat tu same la kite.. Buat masa sekarang ni yang aku tau kalau Jabatan aku tengah sibuk dengan tugasan yang terlalu banyak bila disebut, tapi sikit je kalau buat. Aku sendiri tak tahu dah berapa banyak terhantar dan belum dihantar, setiap kali jumpa budak class mesti tanya "dah siap belom bla.. bla.. bla...". Tak percaya masa ni cuba jumpa kawan korang yang satu kelas, pastu yang ni mesti tekeluar punyalah " dah anta belum?" " bila nak hantar?" betul tak.. Aku cerita apa yang berlaku kat aku la, kalau korang macam tu juga, sama la kita....

Monday, October 5, 2009

Itu Melayu

yang menjual itu orangnya Melayu
yang membeli itu orangnya Melayu
yang melapor itu orangnya Melayu
yang menangkap itu orangnya Melayu

22 people accept Islam After Brother Khalid Yasin lecture

Fikir-fikirlah Orang Melayu