Thursday, November 19, 2009

Berdiri Kemudian Lihat Langit

Berdiri pandang langit
apa yang kau nampak?
apa yang kau nampak?
apa yang kau nampak?

tinggikan langit tu
terasa rendah?
sangat rendah
terasa hina
aku terhina sekali lagi..

Cerita Karut Sang Deruan Angin

Aku kelamkabut balik ukm sebab nak anta sesuatu... lepak bilik jali 2 3 hari pastu balik dan boleh bercuti dengan lena disamping pc ku yang jahanam...

Thursday, November 12, 2009

bila hati aku berkata

Hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan hati aku, aku sering berbisik dalam hati bertanyakan sesuatu.

Wednesday, November 11, 2009

sisa-sisa terakhir semester 1 tahun akhir

Semester ni adalah semester yang memenatkan, ade sahaja aktiviti yang berlaku dari yang wajib mejor ke yang tak wajib, aku dah masuk tahun akhir pengajian di Ukm, semester ni saat indah bagi aku kerana tidak terlalu tertekan oleh karenah birokrasi, aku meloloskan diri dari ancaman merbahaya yang boleh membuatkan aku gagal dalam pengajian, sedikit demi sedikit racun yang meratah tubuh aku hilang, racun yang hampir meragut nyawa aku hilang dengan perlahan menyebabkan aku kembali sihat. Memang pedih mengalami sakit yang tidak boleh diubat dengan ubat, hanya kekuatan rohani mampu mengubatinya. Semangat yang kuat telah membawa aku kejalan yang pernah aku rasai dahulu. Dulu memang indah, bertemankan hembusan gemirsik dari liang angin di batu sekeliling. Namun segalanya berubah apabila racun pedih meresap dalam jiwa aku, perlahan-lahan aku mengubati sendiri diri aku, aku asingkan diri dari alam maya seketika dan kini kembali dengan nafas yang baru yang telah ku cuba selama beberapa tahun kebelakangan ini. Mahupun aku yang tidak lagi berdendam malah didendam. Terasa pedih namun seketika. seketika di jalan yang sibuk dan kemudian mengatur angin bertiup ke jalan yang aman dan tenteram. Kini aku mengubah haluan lagi, kali ini aku mengambil keputusan untuk belayar di laut dalam yang bersemadi terumbu karang gergasi dan terlalu banyak sehingga aku sendiri takut untuk mengharunginya, berkat doa dan keazaman yang tinggi membuatkan aku lebih berani untuk belayar dilautan itu. mengejar warna yang menjadi impianku, iaitu warna kehidupan yang indah yang tidak mampu diperolehi dengan sedikit usaha.

Sunday, November 1, 2009

Erti Penat

Minggu Examination... true story tau...

Wednesday, October 21, 2009

naik lagi

kerana angkuh dan bongkaknya
mereka ambil duit aku
nak buat macam mana dah terpaksa

menangis sekolam renang pon tidak akan turun
terpaksa aku ikut kawan kerja separuh masa
nak buat macam mana lumrah kehidupan
lain la.... tak payah bayar.. click je selesai masalah..


Tuesday, October 13, 2009

Teringat

Bila aku lihat gambar anak sedara aku masuk sukan kat sekolah tadika dia, aku teringat saat masih baru mengenal ABC, dan terdetik dalam hati untuk tanya kemana rakan masa kita berumur enam tahun, mesti ada yang dah kerja, berumah tangga, tak habis belajar lagi macam aku.. Waktu tu aku bersekolah tadika taski Al-Huda (kot..).. zaman tu tadika aku dekat masjid Sri Medan, Antara yang aku ingat, aku, ejal, afiq, dengan tapa, yang perempuan sape ek... lupa la.. hehehe... Alhamdulilah la yang aku sebut tu semua dah jadi dewasa dan bekerjaya, aku nak habiskan degree seni aku kat ukm, ejal kerja dah.. afiq hair designer, tapa duk macam aku kt upm... masing-masing berjaya.. terima kasih la kt cikgu yang ajar kita orang kenal ape tu huruf.. Aku teringat time makan, bace doa lepas tu makan dalam dulang.. seronok.. sedap nenek tu masak.. sampai sekarang nenek yang masak tu ada lagi... zaman kita tadika kan,,, hahaha...

Kembali

Aku rasa dah terlalu lama sangat aku tak tulis blog ni, mungkin atas beberapa sebab aku terlupa untuk singgah (bukak blog sendiri pon tak lepas) dah la blog aku tiada orang nak bace, lepas tu aku tinggalkan macam tu sahaja. Sebenarnya bukan malas, tetapi masa untuk aku dengan internet ni aku kurangkan, aku rasa kalau student ni ni, bila ada internet bangun tidur je mesti sign in YM, lepas tu bukak facebook ketawa sorang-sorang. Kemudian bukak surat khabar online. Baru nak mandi dan pergi kelas. Ni dari apa yang aku buat la, kalau student lain ada buat tu same la kite.. Buat masa sekarang ni yang aku tau kalau Jabatan aku tengah sibuk dengan tugasan yang terlalu banyak bila disebut, tapi sikit je kalau buat. Aku sendiri tak tahu dah berapa banyak terhantar dan belum dihantar, setiap kali jumpa budak class mesti tanya "dah siap belom bla.. bla.. bla...". Tak percaya masa ni cuba jumpa kawan korang yang satu kelas, pastu yang ni mesti tekeluar punyalah " dah anta belum?" " bila nak hantar?" betul tak.. Aku cerita apa yang berlaku kat aku la, kalau korang macam tu juga, sama la kita....

Monday, October 5, 2009

Itu Melayu

yang menjual itu orangnya Melayu
yang membeli itu orangnya Melayu
yang melapor itu orangnya Melayu
yang menangkap itu orangnya Melayu

Tuesday, August 11, 2009

Semalam semalam semalam

dari semalam hingga hari ini nukilan ZMS Noor



Semalam dan semalam
hanya semalam yang kenal semalam

Esok pasti akan jadi semalam

lusa pasti akan jadi semalam juga

tulat pasti akan jadi semalam

pekara semalam tak akan berulang lagi

kenapa dengan semalam

hanya semalam yang mengenal hari semalamnya
zusss......
telinga aku tajam mendengar
bunyi petir menyambar
bingkai kaca dalam kalbu

tup......
terdekit bingit datang

ah....
hati aku meronta

Thursday, August 6, 2009

Aku Kembali


sekian lama aku tak tulis nie, aku pergi lab tapi batal, terdetik pulak nak makan lontong kat warung Hjjh Mariam tu... terus aku pergi melayan keenakkan lontong sambal ikan bilis tu, kalau kat johor biasa makan dengan sambal kacang, tapi kat sini sambal ikan bilis pon sedap..... aku bungkuskan gak roti canai tuk budak2 ni.. kenyang2 balik abe ajak plak g bengkel motor.. jap lagi aku nak tolong abe ke bingkel motorsikal.... kalau sape tak tau lontong tu apa bawah ni aku bagi tengok gambar untuk tatapan anda...

Wednesday, June 24, 2009

Hari Peperiksaan kunjung Tiba

Jumaat 26 jun 2009 saat-saat getir peperiksaan, berbekalkan pengalaman dalam kelas dan beberapa nota kuliah serta buku simpanan aku terus mempersiapkan diri menghadapi rintangan peperiksaan.

Tuesday, June 23, 2009

Terjumpa

SEMASA AKU DUK KEMAS BILIK NAK MASUK SEM BARU TERJUMPA LA BEBERAPA GAMBAR AKU DENGAN BUDAK JABATAN AKU SEMASA BUAT TEATER MASA TAHUN DUA
ATAS MERUPAKAN TEATER DEKAT PANGUNG SENI UKM

HA YANG ATAS NI SHARIL TENGAH MENENANGKAN FIKIRAN SEBELUM MUNCUL KAT PENTAS, BELAKANG TU ABANG SABRI YUNUS, DUDUK TEMENUNG TU SAPIK


ATAS NI PULAK SEMPAT POS DENGAN SIFU M.NASIR. USTAZ BERDOA SEMOGA TEATER SUKMA ANGIN BERJALAN LANCAR


ATAS NI AKU PIPI DENGAN SARIL. TEATER RAGAM MUDA MUDI. ADA MACAM DATO TAK?



NI MASA DEKAT DBP, YANG PAKAI CAP TERBALIK TU LA ORANG KUAT SUKMA ANGIN, EN. NAZRI AHMAD, PENSYARAH KITA ORANG. SEBELAH DIA ABANG SABRI YUNUS




Friday, June 19, 2009

no title just remind my life to grow

Setiap saat pasti ada sahaja terdetik dalam hati kita untuk mengingati orang yang kita sayang, terutamanya ibu bapa kita. Sewaktu aku sakit aku pasti rindu mak dan abah, maklum lah duduk berselangkan dua buah negeri, aku di Selangor mereka di Johor. Abah akan hantar aku ke klnik walau dah besar, mak pula akan buatkan sup ayam yang aku suka, itu lah keistimewaan mak dengan abah aku, aku masih ingat sewaktu aku berusia 19 tahun, abah masih lagi menghantar aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Masa tu aku memang dah tak larat untuk bangun. Setelah pulang, mak pula yang akan menyediakan sup ayam untuk aku hirup. Kini, ada juga seseorang yang mengambil berat bila aku demam, cukup la sekadar aku mendapat apa yang aku inginkan dari dia.

Thursday, June 18, 2009

makanan yang aku tak leh makan



  1. Kambing nie sedap tau, tapi aku tak boleh makan, sebab darah tinggi


Ikan patin ni mewakili ikan segala macam ikan air tawar yang aku tak makan.



seafood ni akan buat badan aku tumbuh ruam, biasanya dekat dada, belakang dengan kulit kepala.

P/S semua tu sedap, tapi aku tak boleh makan.....................

Wednesday, June 17, 2009

Minum dan Makan dalam Satu Mangkuk?


Yer, cendol merupakan satu minuman dan juga satu makanan, kerana kita makan dan minum serentak semasa menikmati cendol. aku cukup suka makan cendol ni, kalau petang-petang panas-panas, mesti nak carik cendol ni dulu...

Makanan Tambahan dengan penuh kemanisan


Yang ni aku pantang juga kalau jumpa dia, mesti beli, kalau balik kampung tu aku selalu beli dekat kedai tomoi, satu baru 50sen, beli kadang sampai sepuluh bingkus untuk dimakan sorang. nama dia TAPAI. asal aku tak tau la kaum mana yang cipta..


yang ni pulak setelah mengalami evolusi, dan di bungkus dengan bekas pelastik..

Makanan Berkhasiat Di Dunia

Aku perkenalkan apa sebenarnya di atas ni, ia sebenarnya makanan dari kaum jawa di seluruh dunia, nama nya TEMPE, aku ni boleh dikatakan hantu jugak la makan tempe, apa taknya, kalau kua pergi kedai belakang ktm tu mesti beli 2 peket, tapi sayang la dah lama x makan yang bungkus daun pisang, asik bungkus pelastik je. mestila rasa dia lain. tempe ni, kalau goreng kering boleh makan macam tu sahaja, kalau nak makan dengan nasik pon boleh.

Saturday, June 13, 2009

Thursday, June 11, 2009

Monday, June 8, 2009

aku sedang menahan orang lalu dekat jalan sungai lalang..
nak tumpang sampai semenyih ni..

belakang aku tu la empangan semenyih tempat memang sesuai untuk memancing dan
berekreasi, awas jangan mandi di kawasan ini, kerana dalam.. haha..
kene makan toman padan muka..
tapi sini susah la nak dapat ikan..

Lubok Ikan kelisa


Setahu aku ikan ni terdapat dakat air berjeram, tapi aku agak jer la, lubok paling banyak biasanya di kedai-kedai jual ikan hiasan.. hahaha, sape nak ikut aku mancing ikan ni dekat kedai cina belakang warta, hehehe, lepas tu masing2 akan disebat menggunakan joran oleh tauke kedai ikan tu..

Cita-cita dan Harapan Si Pengail Muda


Gambar atas ni ada lah orang yang sebati dengan tasik kenyir iaitu Saudara Ujang..
bila la aku boleh dapatkan sebarau besor nie, asik besat tapak tangan je.. tu pun Alhamdulillah

Sunday, June 7, 2009

kisah kehidupan aku di hujug minggu

Bermula Hari Jumaat



  1. Dia nak datang,

  2. pastu amik kat kajang,

  3. tengok jangan pandang belakang congkak,

  4. ketawe selama 2 jam,

  5. terus ke Azura,

  6. makan,

  7. anta terus rumah makcik dia.

  8. aku balik lepak blek Irman,

  9. Balik bilik

  10. Mandi

  11. Keluar ke mapley

  12. Makan roti canai dengan teh tarik

  13. Balik bilik main pes

  14. tengok movie

  15. tido

Di Hari Sabtu (trip memancing)



  1. Bangun

  2. Mandi

  3. siap-siap

  4. gerak ke ktho

  5. siapkan peralatan memancing

  6. dah siap kemas

  7. makan dulu dekat Azura

  8. pergi beli umpan (anak udang)

  9. pergi warta beli peralatan menangkap anak ikan

  10. gerak ke semenyih (lalu jalan lama sebab cuaca panas)

  11. sampai semenyih terus carik lubok

  12. dapat lubuk kena kemas sikit (orang malaysiakan suka buang sampah merata-rata)

  13. melabuhkan pancing masing-masing

  14. sampai lah pukul 9 mlm baru balik

  15. singgah mapley makan (lapor gile)

  16. balik ingat nak tengok england, tapi tal dapat.

  17. mandi

  18. layan pes sampai tertido

Ahad ( waktu rehat)



  1. bangun

  2. mandi

  3. jemput dia dekat rumah makcik dia

  4. keluar makan tengah hari

  5. teman beli baju

  6. anta dekat ktm ukm ( tak larat nak anta sampai uitm)

  7. balik bilik

  8. tertido

  9. bangun sms dia, alhamdulillah dia selamat sampai

  10. dengar lagu-lau oi

  11. siapkan jadual tuk buat asiment..

p/s Anggota yang pergi semenyih



  • Jedai

  • Faizal

  • Irman

  • Jali

Hasil--> Ikan yang aku dapat macam ni la rupanya, sape nak leh kol aku. bela lawa ni.

Tuesday, June 2, 2009

Friday, May 29, 2009

Messi and Eto'o left overwhelmed by victory

By Soccernet Staff
Samuel Eto'o and Lionel Messi were left overwhelmed after scoring the goals in Barcelona's Champions League final triumph over Manchester United in Rome.

Wednesday's 2-0 victory completed a trophy treble for Barca who also won the Primera Liga crown and the Copa del Rey in what has been a remarkable campaign under former club star Josep Guardiola in his first season as coach.
Eto'o's early strike put the Spanish team in front and Messi's header doubled their advantage in the second half, leaving him as the Champions League's top scorer with nine goals.

''I think it will take us a long time to realise what we have achieved today,'' Messi said. ''To score in a Champions League final against Manchester United and win the league title is just unbelievable. It's a dream. This has been an unbelievable season.''

Manchester United were the holders and they had gone into the match at the Stadio Olimpico on the back of a 25-match unbeaten run in the competition, but after enjoying a strong start Eto'o scored in the 10th minute and stole the momentum for Barcelona.

''What we have done is historic, this is fantastic,'' Eto'o said. ''I'm not sure that my goal was crucial for us to win the Champions League but it was certainly important.

''The whole team played fantastic, from Xavi to Iniesta, who was coming back from injury. It's been a great team effort from the start of the season.''

Messi finished second in the FIFA World Player of the Year voting to United's Portugal international Cristiano Ronaldo, however on the night Ronaldo was nowhere near as influential as the Argentine.

There was a lot of media hype about the Ronaldo vs Messi showdown in Rome but Ronaldo said: ''There was no duel. Barcelona were better on the night.''

The United man said that Eto'o's strike had been the most important. ''The first goal really hurt us,'' he said. ''We didn't react. We weren't able to play our game and Barcelona dominated.''

There has been constant speculation about Ronaldo's future with Real Madrid having not hidden their desire to sign the player one day.

Ronaldo wouldn't be drawn on his future, however, when asked about Real Madrid and if this was his last match for Manchester United. ''I don't want to talk about my future right now,'' he said.

FC Barcelona The Champions


sebelum perlawanan menentang chelsea


Seorang pemain veteran barcelona tersesat sampai empangan semenyih



Puyol Menjulang Piala kemenangan liga juara-juara
Josep Guardiola dilambung ke langit oleh pemain barcelona

Atas merupakan kemengan Barcelona semasa Guardiola jadi center midfielder, josep guardiola ni pernah memenangi liga juara-juara sebagai seorang pemain dan manager untuk kelab yang sama iaitu kelab barcelona. ada 3 orang je macam ni dalam sejarah.

Thursday, May 28, 2009

Barça complete historic treble in Rome (2-0)


FC Barcelona created history on Wednesday evening as they won the UEFA Champions League in Rome to add to the domestic title and Copa del Rey thanks to goals from Samuel Eto’o and Lionel Messi.


In a superb display of the type of football that has typified what has been a magnificent season, Barça became the first team from the Spanish league to complete the unique treble as they ended Manchester United’s run of 25 games unbeaten in the European competition.


Slow start


The predictions that the homegrown mix of players with star international names would find the Red Devils a difficult team looked to be correct in the opening minutes as Cristiano Ronaldo looked alert and lively, but Barça held tight and took control of proceedings. The Portuguese was said to be one of the men to watch and he forced Víctor Valdés to make a save early on that required Gerard Piqué to then meet the rebound and clear.


The opening goal


Guardiola’s team have won plaudits from around the world for their passing and possession game and the more Xavi and AndrĂ©s Iniesta came into the game the tougher it became for Ronaldo and United to employ the style of play that has seen them win the Premier League, Carling Cup and World Club Cup this season.


After the English side’s bright start, Barcelona showed them the way to goal with almost their first attack after ten minutes. Eto’o was picked out on the right of the area and he stepped inside Nemanja Vidic before taking aim with a shot that Edwin van der Sar met but was unable to keep out and the Cameroonian striker wheeled away to the corner flag to celebrate the opening goal.


Style and technique


That goal gave the Blaugrana the confidence that they required and they lifted their game as United began to have to chase and work in order to gain possession and try and find a way back into the game, but they were unable to as Guardiola’s players started to enjoy themselves.


Lionel Messi was the focus of much attention in the build-up and he sent a drive just over the bar from 25 yards out before Xavi lined up the first free-kick of the evening and saw his effort curl just over the near post as Van der Sar came across to cover.


Attacking changes


After half-time, Sir Alex Ferguson looked to bolster his front line with the introduction of Carlos TĂ©vez in place of Anderson, but even that move did not allow United to prevent Barcelona from creating more chances to wrap up the encounter. Henry moved away from Rio Ferdinand in the 50th minute and sent saw his shot saved by the keeper before Xavi sent a low free-kick around the wall and saw it cannon back of the post soon after as the Catalan outfit continued to dominate.


Last season Gerard Piqué picked up a medal as an unused player for Manchester United and just a year later he became the first player to ever win the trophy with two different clubs in consecutive years. Not only did he create history, but the defender was also outstanding in the second period as he prevented his former club from finding a way back into the game. Even Dimitar Berbatov came on to give United even more going forward were they unable to regularly break Barça down.


Messi heads home


Valdés proved that he was still focussed as he raced to deny Ronaldo from close range, but the keeper did not have a busy evening as the midfield dominated and a second goal for Barcelona always looked likely and when it came it was a superb effort. Xavi looked up from a few yards outside on the right of the area and clipped a cross beyond the defence where Messi rose and stayed up to nod a textbook header beyond Van der Sar and into the far corner of the net with 70 minutes on the clock.


That was the signal for the celebrations to begin being planned as Roma joined Wembley and Paris in the Barça history books. An historic win on an historic night in an historic city was a fitting tribute for the team of the season to complete their memorable treble.

Champions for the third time

No, you’re not dreaming! This Wednesday evening in Rome FC Barcelona has won the Champions League for the third time in the Club’s history. This puts Barça on the same level as teams such as Manchester United.1992, 2006 and 2009. London, Paris and Rome. Wembley, Stade du France and Olimpico di Roma. Say it any way you like but it all boils down to the three Champions league titles won by FC Barcelona. All of them won against the very best opposition

Hari Paling Gembira dalam Hidup Aku





  • Terus kepada tajuk, sebenarnya pada 28.05.1987 seorang anak perempuan telah dilahirkan . Dia ni mula aku kenal pada 2005, kenal muka jela, nama pun tak tau, entah macam mana tanpa dirancang, pada 25.12.2005 (tingkatan enam bawah), aku mula rapat dengan dia ni. Kawan aku pun semua mula terkejut. Dia yang banyak bagi aku kesedaran dalam hakikat kehidupan aku, pelbagai ilmu dunia mula aku ambil dari dia, kira dia motivater aku la masa tu. Semua pekara salah aku buat dia tegur. Mula-mula aku ego, malas nak dengar, tapi rupanya dia ibarat cahaya yang suluh jalan aku. Kesemuanya berjalan lancar semasa aku bersama dia, tamat sekolah maka kedua-duanya pun masuk IPTA, aku UKM dia UITM, ala.. sekali tak dapat tempat yang sama la, masing-masing dengan minat yang tersendiri tapi matlamat sama. Duduk je jauh 40 kilometer tapi aku siap hafal lagi kat mana ada lubang sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah sampai sekarang aku dengan dia lagi, dah nak grade pun taun depan kami. Nak jadikan isu hakikat kehidupan aku kali ni, aku sambut hari jadi dia untuk kali keempat sejak perkenalan kami, dari yang pertama sampai tadi, tepat je jam 12 aku akan call dia untul wish happy b'day.. dah besar la dia. Untuk hadiah dia tahun ni, ade special prezent dari aku, iaitu apa yang dia inginkan dari aku selama ini, cuma aku tak bagi tau dia apa hadiah tu, aku harap dia akan perasan sendiri, untuk dia aku bagi petunjuk " cuba la b.........." ayat ni selalu kua dalam kotak sms aku dan juga mulut dia, tapi kali ni aku nekad bagi hadiah tu dekat dia.

  • Kedua ni tak banyak aku nak serita, cuma aku nak bagi tahu yang barcelona menang 2-0 denngan Manchester United ( chanpions league). Dia tahu la kenapa aku cerita pasal Barca lawan MU ni..




  • Kedua-dua cerita tersebut sangat bermakna dalam sebuah hakikat kehidupan anak jawa ni..

Monday, May 25, 2009

Tempat Bertelagah Dalam Kehidupan

Buat masa ni, aku menghabiskan sisa-sisa masa semester 3 dengan melepak di ktho, apa sahaja bebudak ktho ni buat aku follow. Kadang-kadang keluar makan kat Mapley dengan Irman budak kolej Burhan. Kepada yang fans barca tu jangan lupa bawak video cam rakam kemenangan barca dengan MU nanti. Yer Barcelona is the king of New Football Era. Cuma sekarang ni dah jarang pergi buat ceramah motivasi dekat uitm, maklumlah dua-dua sibuk dengan kuliah, Mana ada masa nak bertelagah. Bertelagah dengan ikan pun dah jarang, last aku mancing dengan saril dekat Empangan Semenyih, dapat la dedak dengan udang yang aku buat umpan tu. Tasik cempaka pun aku dah lama tak melabuhkan mata kail. Minggu depan ni aku cadang nak buat trip memancing dekat Empangan Semenyih tu lagi. Siapa yang nak follow tu mestilah ada keizinan Ibu Bapa, borang pengesahan ibubapa boleh ambil kat kaunter pibg sekolah masing-masing... huhuhuhu.. ok aku nak keluar makan dekat.. azura..

Sunday, May 24, 2009

Allah Knows by Zain Bhikha



Lagu macam memang sedap dengar.

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadith :

  • Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

    Riwayat Hadith al-Bukhari


    Huraian
  1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
  2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
  3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
  • Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
  • Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

((http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=277))

Dalam Hakikat Kehidupan Kini

Kenapa aku post lagu sambutan maalhijrah, memang la lama maalhijrah, jawapannya.. sebab aku yang berhijrah dari kiy ke zaba, ramai member aku or orang yang kenal aku akan terkejut bila aku cakap aku kena buang kolej.. kena buang kolej dai.. itu la perkataan yang terkeluar dari mulut member2 aku, semua macam tak percaya, tapi itulah hakikat sebenar kehidupan aku. Ya, aku dibuang ke kolej pendeta zaba atas sebab yang masih aku belum pasti.. buat tak tau je..

Saturday, May 23, 2009

Al Ajiba - Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu PerjuanganHijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman....

Sebuah Hakikat Kehidupan


Aku bersyukur kerana masih ada tempat untuk berteduh dekat ukm ni, memandangkan aku dah kena buang dari kiy. Aku sekarang dah duduk dekat kolej Za'ba, ramai yang kata za'ba ni mahal la, tinggi, jauh dari fakulti, parking motor tak ada, tapi aku rase seronok duduk sini. Kenapa, sebab dari tahun satu aku nak duduk sini, ye la masa 1st year bodoh lagi, mana tahu nak tukar kolej. Bila masuk 3rd year kena buang dari kiy, hahaha.. tak aktif kolej memang kena buang, member aku langsung tak atif boleh pulak stay, lantak la.. huhuhuhu.. mungkin ada sebab kot, ceh.. aku buat2 tak tahu pulak kena buang sebab apa.. berbalik pada cerita aku duk za'ba ni, aku dapat la bilik paling atas sekali, so member2 yang nak datang bilik aku kena lah mendaki anak tangga sampai ke aras empat, ala bukan tinggi pon rendah sikit je dari bukit KIY.. semasa semester 3 ni, aku duk la dengan roomate aku budak kejut.. life aku kat sini agak senang la memandangkan malam ada orang jual burger, tak yah g mapley..

Sunday, May 10, 2009

Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk : Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan

Hadith :

Daripada Ibn Masud r.a katanya, “ Aku bersembahyang tahajud bersama Nabi s.a.w, baginda telah memanjangkan berdirinya sehingga aku hampir melakukan perkara yang tidak baik”. Ibn Mas`ud ditanya, “ apakah gerangan yang hendak engkau lakukan?” jawabnya, “aku hendak duduk mufarraqah daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Huraian
1. Setiap muslim adalah digalakkan sembahyang berjemaah, begitu juga di antara beberapa sembahyang sunat adalah digalakkan supaya dilakukan secara berjamaah seperti tahajud, gerhana matahari, terawikh dan lain-lain lagi.
2. untuk memperolehi rahmat yang besar dan keredaan yang lebih dari Allah perlulah seseorang itu menguatkan azamnya di dalam mengerjakan amal ibadat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hijrah

Tepat jam 2.50, penulis telah siap mengemas barang-barang di bilik baru (kolej Pendeta Za'ba).

Monday, April 27, 2009

Dosa-dosa orang yang meninggalkan solat

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:


Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.


Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam


Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)


Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.


Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.


Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

Sunday, April 26, 2009

Kisah Pemuda

Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60," Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir. "Berkata Ibrahim : " Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian". Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah. Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77), "Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku".

Rukun Islam

Kenapa Mencari

Hari ni penulis ingin berkongsi ape yang kita cari di dunia ini, mengikut pengalaman diri penulis sendiri, penulis merupakan seorang manusia yang lalai dan leka dengan kehidupan sekarang, dalam kelalaian penulis, terdetik sesuatu dalam hati penulis untuk mencari sesuatu yang tidak mungkin dapat dikecapi, sesuatu yang indah, sesuatu yang suci. Mengapa penulis mencari sehingga buntu, apa yang penulis cari untuk dirinya masih belum diketahui penulis. Setelah sekian lama hidup sebagai orang yang matang dari segi dunia penulis lupa utuk memantapkan ilmu akhirat. Penulis yang tidak sedar terus leka dengan bisikan syaitan, lupa segala-gala urusan akhirat dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Sehinggalah suatu ketika dalam kesusahan, penulis cuba mencari sesuatu itu, namun tidak juga dijumpai. Sehinggalah penulis dalam keadaan yang amat tertekan sehingga hilang segala-galanya dalam hidup penulis. Sebenarnya yang dicari penulis ada dalam dirinya sendiri. Baru penulis sedar penulis belum kenal siapa diri penulis sendiri. Dalam kekalutan jiwa penulis akhirnya kembali kepada jalan yang lerus dan mendapat jawapan apa yang dicari penulis, barulah penulis dapat mengenal siapa dirinya sebenar.
Nama : Noor Zaidi Bin Mohd Safar
Agama : Islam
T.Lahir :1987
Yer, penulis adalah seorang Islam....

Sunday, April 12, 2009

Di Kesunyian

Sendirianku di kesunyian
menatap potret alam
ku rebahkan tubuhku kebumi
memandang kumpulan awan

fikiran kosongku seperti mahukan sesuatu
namun aku tidak bisa memikulnya
hidupku bagai awan tanpa arah
berarak mengikut tiupan angin

cahaya suci seperti tak kunjung tiba
tiada tangan menghulur kemanusiaan
terdampar keseorangan di dataran gersang
terdiam sepi keseorangan

UKM
p/s puisi ni terhasil semasa penulis masih
belum jumpa jalan yang dicari
kisah cerita cinta dan cita-cita

berbulan bersama
satu kisah suka dan duka
dikala tertawa bersama
ada kesedihan disitu

dalam masa inilah
wajah-wajah coret di hati
akan datang mesti dilupa
saat terpaku terkenang kembali

berjuang dalam gelora ribut
taufan bergema di atas dua perbalahan
yang ditengah habis nipis digilis
deretan peristiwa tidak dilupa

bersama-sama
memengang segulung masa depan
dalam fikiran masih buntu
mengejar impian

dimasa inilah
duduk ketawa
riang gembira
berubah rupa
berubah gaya
berubah senyuman

Kolej Ibrahim Yaakub
april 2009

Tuesday, April 7, 2009

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

Antara berdasarkan hadis tanda tanda kiamat kecil
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah berrsabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
2. Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bilahal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang b*d*h dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Sudah Ramai Yang Memeluk Islam

Alhamdulillah, semakin ramai yang memilih Islam sebagai agama mereka di negara-negara eropah, apa yang ingin dikongsi oleh penulis adalah bagaimana penulis mendapat pertunjuk supaya kembali kejalan Islam yang benar, penulis yang lahir sebagai Islam didik secara Islam, membesar secara Islam tetapi telah memilih jalan yang salah sewaktu remajanya, terlibat dengan gejala sosial dan pelbagai jenayah yang disembunyikan dari pengetahuan Ibubapa penulis. Semasa berada ditahun dua pengajian di IPTA penulis mendapat bala yang besar. Dalam jangka masa setahun itu penulis sering berfikir kenapa diri penulis sering dilanda pelbagai masalah. Dalam pencarian pedoman hidup penulis telah terdetik untuk menonton video Saykh Khalid Yasin di youtube . Semasa menonton video tersebut barulah penulis sedar bahawa dirinya sudah jauh terpesong dengan ajaran agama. Bermula dari situ penulis bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali kejalan yang benar. Apa yang menarik hati penulis ialah semakin ramai manusia memeluk Islam, sedangkan penulis yang lahir seorang Islam tidak dapat menunaikan tanggungjawab seorang Islam, lantaran itu penulis cuba memperbaiki kehidupan penulis. Penulis berasa bersyukur kerana penulis difitnah oleh sahabat penulis sehingga terpalit wajah seorang penghianat dimuka penulis. Penulis tidak menyalahkan mereka yang memfitnah penulis kerana mereka itulah yang sebebarnya membuka hati penulis untuk kembali kejalan yang benar. Berbalik kepada ramainya yang memeluk Islam penulis berasa sedih melihat sebahagian raknyat negara penulis yang telah jauh tersesat dalam agama Islam. Sedangkan ramai yang berlumba-lumba memeluk agama Islam di Eropah, Amerika, dan Australia. Disini penulis mengajak supaya orang yang seperti penulis supaya kembali ke jalan ALLAH.

Perbuatan Pura-Pura beriman

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

(Surah an Nisa':142)

Bersama Berdakwah

Penulis pada mulanya seorang yang minat tentang isu-isu politik kemudian berubah hati untuk lebih kepada dakwah kepada agama Islam, dari pengalaman penulis yang pernah terlibat dengan pilihan raya kampus sewaktu tahun satu telah memberi petunjuk bahawa ia sekadar pembelajaran sahaja kepada mahasiswa supaya mempunyai pengalaman sewaktu tamat pengajian. Kini penulis yang telah berubah hati, kembali kepada jalan sebenar kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Jalan yang benar bagi orang-orang bertakwa.

""Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa,apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan,mereka ingat(kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."
(Surah Al-A'raf:201)

Penulis telah berubah hati dan mahu kembali kejalan kebenaran. Dengan harapan ada yang akan membimbing penulis supaya dapat lebih mendalami ilmu Agama. Kini penulis berasa bersyukur berada di alam syber yang maju, dimana internet mampu dijadikan wadah berdakwah, sasaran penulis adalah golongan remaja seuisanya yang pernah rosak dari segi akhlak dan akidah supaya dapat kembali kepada landasan ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, April 5, 2009

Kerana Hati

Berbulan aku melangkah, meneruskan liku-liku hidup aku, kini segala kepayahan yang aku hadapi kembali pulih, setelah ramai memberi nasihat dan kata-kata semangat aku kembali bernafas dengan lega, kerana hati aku terpaut dengan keindahan Islam. Mengapa kita harus mencari apa yang kita cari selamanya, sedangkan ia ada dalam hati kita. Bermula dari penjelajahan youtube, aku kini bangga menjadi seorang Muslim, betapa besarnya ciptaan Allah s.w.t, aku merasakan diri aku kecil di muka bumi ini. Dahulu aku tidak dapat memahami apa itu Islam, sehinggalah aku melalui satu kehidupan yang sukar, dan sering ditimpa bala, setelah sedar, baru aku tahu aku telah lama tidak sujud kepadaNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, aku berdoa agar agama Islam ini terpelihara.

Tuesday, March 24, 2009

ISLAM

ISLAM adalah ugama yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan seorang Nabi dan Rasul terakhir kepada seluruh alam dan tiada yang terkecuali darinya.

Sejak ALLAH SWT menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa, manusia telah berkembang dari keduanya sehinggalah lahirnya manusia yang berbilang bangsa dan ugama yang mengamalkan pelbagai bahasa, budaya, pakaian dan adat resam.
Seorang demi seorang Nabi dan Rasul telah diutuskan kepada kaumnya. Adalah diberitakan bahawa Nabi yang diketahui adalah seramai 124,000 orang dan rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang termasuklah Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak di Luth Mahfuz lagi ALLAH SWT telah meletakkan nama Nabi Muhammad s.a.w di sisiNya

RUKUN IMAN

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

RUKUN ISLAM

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Sunday, March 22, 2009

Mengejar Pelangi

sewaktu belari mengejar pelangi
aku terjatuh rebah ke bumi
bagai daun kering menjejak tanah
luka-luka badan ku
berbisa kulit ku
aku cuba bangun
berat untuk aku melangkah kembali
ku gagahi keringat luntur
bagaikan bangunan usang tertanggal kulitnya
kaki ku berdarah pekat merah minitis
habis basah ke bumi
siku ku di penuhi pasir-pasir kotor melekat dan pedih
keseorangan terhincut-hincut langkah ku
sedang kesakitan menahan perit
sekali lagi aku di uji
kali ini lebih parah dan jijik
pakaian ku terbakar
tidak tahu dari mana datang api hitam
yang begitu kejam meratah sekulit tubuh ku
aku pasrah dengan ketentuan Ilahi
tersiksa ku hanya sekejap
cahaya pelangi yang ku kejar
dapat ku gapai
dapat ku rasa
dapat ku cium harum wanginya
______________________________________
warna 5.24 p.m march 2009
kolej ibrahim yaakub

Tuesday, February 24, 2009

40 Paling Kaya di Malaysia

Malaysian Business magazines in its February 2008 issue has published their survey of 40 Richest Malaysians. The ranking is as follows;

  1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok Group
  2. T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
  4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
  6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
  7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
  8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
  9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
  10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp
  11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
  12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
  13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
  14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
  15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
  16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
  17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
  18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
  19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
  20. Datuk Mokhzani Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
  21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
  22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group
  23. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
  24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
  25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
  26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
  27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
  28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
  29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
  30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
  31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
  32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
  33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
  34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
  35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
  36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
  37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
  38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
  39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
  40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp

22 people accept Islam After Brother Khalid Yasin lecture

Fikir-fikirlah Orang Melayu