Friday, June 19, 2009

no title just remind my life to grow

Setiap saat pasti ada sahaja terdetik dalam hati kita untuk mengingati orang yang kita sayang, terutamanya ibu bapa kita. Sewaktu aku sakit aku pasti rindu mak dan abah, maklum lah duduk berselangkan dua buah negeri, aku di Selangor mereka di Johor. Abah akan hantar aku ke klnik walau dah besar, mak pula akan buatkan sup ayam yang aku suka, itu lah keistimewaan mak dengan abah aku, aku masih ingat sewaktu aku berusia 19 tahun, abah masih lagi menghantar aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Masa tu aku memang dah tak larat untuk bangun. Setelah pulang, mak pula yang akan menyediakan sup ayam untuk aku hirup. Kini, ada juga seseorang yang mengambil berat bila aku demam, cukup la sekadar aku mendapat apa yang aku inginkan dari dia.

No comments:

22 people accept Islam After Brother Khalid Yasin lecture

Fikir-fikirlah Orang Melayu